| Koleksi Umum
1. Peminjam hendaklah mendaftar sebagai ahli.
2. Hanya lima buah buku dibenarkan untuk dipinjam pada satu masa.
Jangkamasa pinjaman ialah tiga minggu.
3. Bahan-bahan Perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
4. Denda sebanyak 10 sen untuk setiap buku akan dikenakan pada setiap hari yang lewat.
5. Bahan yang rosak/hilang akan dikenakan bayaran sebagi ganti mengikut kadar semasa
termasuk tambahan kadar 10% untuk kos prosesan.
Pembaharuan Pinjaman
1. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui untuk selama tiga minggu lagi.
2. Peminjam yang hendak membuat pembaharuan perlu memberitahu sebelum atau pada hari tarikh bahan sepatutnya dipulangkan.
3. Pembaharuan bahan dibenarkan sekali sahaja. Pembaharuan boleh dilakukan secara online,
telefon atau membawa bahan ke perpustakaan.
Koleksi Rujukan
Buku-Buku
bertanda “R” adalah
untuk rujukan di perpustakaan. Sekiranya keperluan kepada buku
atau bahan ini adalah penting,
pinjaman untuk tempoh seminggu adalah dibenarkan.
Bahan Terbitan Bersiri
Bahan terbitan bersiri isu terkini untuk rujukan di perpustakaan
sahaja. Pinjaman dibenarkan bagi isu yang terbelakang sebanyak
2 naskhah selama seminggu.
Pinjaman Buku Berkelompok
Perkhidmatan ini disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia
di mana sebanyak 300 buah buku bacaan ringan dipinjamkan kepada
perpustakaan ini selama 3 bulan. Pinjaman untuk warga BHEUU dibenarkan
sebanyak 3 buah buku untuk tempoh 2 minggu. Segala peraturan serta
syarat-syarat pinjaman tertakluk kepada syarat dan peraturan yang
ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
|