Home  

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN RUJUKAN
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan yang diterima melalui telefon, faks, e-mel atau datang sendiri ke perpustakaan

SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN
Sistem Pembekalan Penerbitan atau lebih dikenali dengan Pinjaman Antara Perpustakaan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh didapati di perpustakaan. Pengambilan dan penghantaran balik bahan adalah tanggung jawab pemohon sendiri dan tertakluk kepada peraturan pembekal.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Web OPAC
Perpustakaan menggunakan sistem “Integrated Library Management Utilities” atau sistem ILMU sebagai sistem pengkomputerannya bagi membolehkan pengguna mengesan maklumat lengkap bahan melalui Katalog Awam Dalam Talian atau “Online Public Access Catalogue” (OPAC)

PANGKALAN DATA
Lawnet
Pangkalan data ini menyediakan maklumat undang-undang di Malaysia secara atas talian. Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini adalah Law Library (principal acts, amendment acts, bill supplement, legislative supplement, Federal constitution, etc) dan e-Gazette (Federal Gazettes, State Gazettes). Istilah undang-undang (English-Bahasa Malaysia) dan New Flash adalah sebagai nilai tambah kepada pangkalan data ini.
Pangkalan data ini memerlukan id dan password. Pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel atau telefon seperti berikut:

Library@bheuu.gov.my
norzaini@bheuu.gov.my
shahrin@bheuu.gov.my
ashikin@bheuu.gov.my


Tel: 03-88881267 atau 03-88881263


Hak Cipta Terpelihara © 2006 Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM.